Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura yang dijangka siap Disember tahun depan bakal kurangkan kesesakan

5 Disember 2025

Penyelesaian masalah kesesakan di pintu sempadan antara Johor dan Singapura terus diberi perhatian dalam Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 hari ini.

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS Link) yang dijangka siap menjelang Disember tahun depan bakal mengurangkan kesesakan di Tambak Johor secara berkesan.

PMX menjelaskan Kementerian Pengangkutan kedua-dua negara juga dalam perbincangan akhir bagi menambahbaik Skim Teksi Rentas Sempadan dan perkhidmatan e-hailing bagi memenuhi keperluan rakyat kedua-dua negara dengan lebih baik.

” Saya rakamkan penghargaan kepada Singapura atas sumbangan terhadap Program Sukarelawan Bahasa Inggeris MY-SG (MSEVP) yang memberi tumpuan kepada golongan belia dan menggalakkan pertukaran antara rakyat serta kumpulan profesional.

“Semoga hubungan persahabatan erat antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuh demi kebaikan rakyat kedua-dua negara,” kata PMX dalam perkongsiannya di media sosial petang semalam.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *