Pelarian Sah akan Mendapat Akses Perkhidmatan Asas Negara

6 Disember 2025
(Info Ringkas)

Pemegang Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang lulus proses penentuan status akan dibenarkan tinggal sementara secara sah di Malaysia serta diberi akses penting seperti pekerjaan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan pelbagai bentuk sokongan sosial. Kemudahan ini dilaksanakan melalui kerjasama menyeluruh melibatkan 20 kementerian dan agensi, memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun dan bersepadu.

Pendekatan ini selari dengan prinsip ihsan, keadilan dan kesejahteraan dalam rangka Malaysia MADANI memastikan pelarian yang disahkan statusnya dapat hidup secara lebih bermaruah, sambil kerajaan mengekalkan kawalan keselamatan melalui sistem pendaftaran yang teratur, sah dan berintegriti.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *