ISU UEC: Demi keharmonian negara, berhenti mendesak, terima ketegasan PMX dengan hati terbuka

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)

13 Disember 2025

Tanpa menunggu lama, Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim dengan pantas menunjukkan ketegasannyq berhubung tuntutan DAP agar kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Sikap dan respon pantas PMX itu tentunya merupakan pilihan terbaik agar isu tersebut tidak terus berlanjutan yang pasti sedikit sebanyak akan menyebabkan `tercemarnya’ udara segar keharmonian negara .

Datok Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik sebagai berkata, beliau tidak bersetuju dan tidak akan melayan tuntutan yang melanggar prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya dah jelaskan, saya tak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip perlembagaan.

“Apa yang berbeza? Perbezaannya ialah tuntutan itu, tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa.

“Itu saya tidak setuju sama sekali. Bawa dulu mesej pertahankan martabat bahasa kebangsaan,” ujarnya dengan tegas.

MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Anwar menambah, usaha yang sepatutnya dilakukan pada ketika ini adalah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu yang dikuasai semua pihak di negara ini.

Dengan penegasan PMX itu, semua pihak mulai sekarang tidak harus bimbang lagi dengan pendirian kerajaan pimpinannya berhubung desakan untuk mengiktiraf sijil UEC.

Ertinyq, apa juga desakan yang datang, yang diutamakan ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Maka itu, pihak berkaitan juga dengan ini sepatutnya berhenti daripada terus menekan Perdana Menteri untuk memenuhi tuntutan mereka.

Mereka sepatutnya lebih memahami prinsip perlembagaan berbanding mengutamakan tuntutan satu kaum saja.

Hakikatnya, selagi UEC tidak dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan, satu perkara yang bertentangan dengan prinsip perlembagaan, maka tiada keperluan dan kewajaran untuk ia diberi pengiktirafan.

Sebaiknya, semua pihak harus menerima sistem pendidikan kebangsaan dan penggunaan sijil SPM untuk kelayakan melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.

USAH CEMARKAN KEHARMONIAN NEGARA

Tirai 2025 hampir berlabuh. Mari kita bersama-sama membantu PMX membawa Malaysia untuk lebih hebat demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum serta taraf hidup.

Terimalah ketegasan PMX dengan hati yang terbuka . Usahlah ada lagi pihak-pihak yang cuba `mencemarkan’ udara segar kehormonian yang sedang kita nikmati .

Selama menerajui Kerajaan MADANI PMX telah melaksanakan tugasnya dengan amanah, bertanggungjawab serta berintegriti .

PMX juga telah berjaya menjulang nama Malaysia ke pentas antarabangsa sehingga dikagumi oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *