Penguasaan teknologi baharu pemacu kemajuan negara mesti dilaksanakan seiring dengan usaha memperkukuhkan jati diri bangsa -PM Anwar

PMX merasmikan Majlis Pemuliharaan Seri Negara , satu monumen yang menyaksikan beberapa nukilan bersejarah pembentukan negara bangsa.

15 Disember 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibranim, memulakan jadual minggu ini dengan merasmikan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, satu monumen yang menyaksikan beberapa nukilan bersejarah dalam usaha panjang pembentukan negara bangsa.

Dalam ucapan pada majlis tersebut, PMX berkata, penguasaan teknologi baharu sebagai pemacu kemajuan negara mesti dilaksanakan seiring dengan usaha memperkukuh jati diri bangsa, mengangkat sejarah serta memelihara warisan budaya tempatan.

Beliau menegaskan, pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Seri Negara selain Projek Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL), mencerminkan iltizam Kerajaan untuk menghidupkan semula aset warisan negara sebagai pemangkin ekonomi, pemerkasaan komuniti dan pembinaan identiti kota.

INISIATIF BUKAN GEBANG KOSONG

Ujar PMX lagi, inisiatif tersebut bukan gebang kosong atau sekadar usaha fizikal memelihara tinggalan sejarah, tetapi sebahagian daripada visi besar untuk membentuk sebuah bandar raya yang bersih, maju, mesra alam dan berjiwa.

Jelas beliau lagi, Kerajaan MADANI akan terus memastikan pembangunan bandar tidak melahirkan kota yang “gersang budaya”, sebaliknya berkembang sebagai persekitaran yang lestari, hijau seraya berpaksikan nilai kemanusiaan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *