






Oleh Wartawan Jendela Madani
13 Disember 2025
PETALING JAYA :
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sebalik segala perbezaan dan kerumitan, Malaysia kekal terus sebagai negara yang aman dan makmur.
Beliau berkata, keamanan tersebut hanya akan berkekalan jika disokong oleh dasar yang adil kepada setiap rakyat, tanpa memberi ruang kepada kebencian dan sikap pelampau untuk berakar.
“Terkait soal pendidikan, saya jelaskan bahawa pendekatan Kerajaan bukan bersifat zero sum game.
“ Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional, di samping keperluan menguasai bahasa Inggeris, serta memberi ruang kepada bahasa lain termasuk pendidikan Cina dan UEC atau bahasa Arab, tanpa mencetuskan kegelisahan atau salah faham,ββ katanya sewaktu berucap dalam Majlis Jamuan Teh Krismas bersama komuniti setempat di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Beliau menghadiri majlis tersebut, sebaik tiba dari Langkawi untuk memeriah acara tersebut sambil menyantuni komuniti setempat di kawasan tersebut.
BIMBANG MELIHAT KEBEJATAN NILAI DAN MORAL
“Saya langsung ke Petaling Jaya untuk menghadiri Jamuan Teh Krismas bersama komuniti setempat, dalam suasana yang mencerminkan keharmonian sebenar Malaysia, jauh berbeza daripada naratif sempit yang digerakkan oleh kelompok perkauman dan pelampau agama.
Pada masa sama, kita bimbang melihat kebejatan nilai dan moral dalam politik, masyarakat dan kepimpinan dunia hari ini.
Kerana itu agama dan kepercayaan tidak boleh terhenti sebagai slogan atau simbol, sebaliknya mesti menjadi suara nurani yang berani menentang rasuah, ketidakadilan, penindasan dan sikap membiarkan kezaliman berlarutan,ββ jelas Anwar lagi dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.
PMX berkata, peranan pemimpin agama dan badan keagamaan amat penting sebagai rakan dialog serta benteng nilai masyarakat.
Menurut beliau lagi, justeru, Kerajaan memperuntukkan RM200,000 kepada Persekutuan Kristian Malaysia bagi menyokong usaha memupuk kefahaman, keharmonian antara agama serta pengukuhan nilai moral dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
“ Malaysia hanya akan melangkah jauh jika kita berpegang teguh pada keadilan, ihsan dan prinsip kemanusiaan, serta berani mengurus perbezaan secara adil dan bertanggungjawab.
Inilah semangat MADANI yang menjadi asas kekuatan negara, ββ tegas beliau lagi.
