Setiap anggota Kabinet mesti bekerja dengan displin tanpa sebarang alasan – PM Anwar

17 Disember 2025

PUTRAJAYA :
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Kabinet MADANI selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.

Anwar berkata, ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik.

” Setiap anggota Kabinet mesti terus bekerja dengan disiplin dan berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, memastikan pelaksanaan dasar bergerak pantas, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan, ” kata beliau dalam perkongsian di laman media siosial hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *