







18 DISEMBER :
Seawal jam 6 pagi, 18 Disember 2025 semua petugas termasuk cef istana menyediakan sebanyak 350 pek makanan untuk diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato’ Sri Abdul Manan, Kuantan.
Kebiasaannya, setiap kali musibah banjir melanda Pahang dan Kuantan terutama, KDPB Tengku Ampuan Pahang akan menginsing lengan memasak.
Namun, ketika ini Paduka Baginda sekeluarga berada di Bangkok, Thailand kerana memberi sokongan padu kepada YAM Tengku Arif Bendahara yang mewakili Malaysia dalam sukan polo sempena Sukan SEA 2025.
Hasrat Paduka Baginda tetap ditunaikan dengan dibantu kira-kira 20 orang petugas istana menyediakan sarapan pagi iaitu nasi goreng kampung telur mata, bihun goreng telur mata dan nasi goreng telur mata.
Petugas menerusi Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang turut bersama-sama mengagihkan makanan di PPS yang terlibat. – KESULTANAN PAHANG
