PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN BINTULU, SARAWAK

BINTULU, SARAWAK – 20 Disember 2025 – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan satu lagi projek milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berjaya disiapkan. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Projek bernilai RM64,500,000.00 juta ini dilaksanakan oleh Pasukan Projek
Khas 2 (PPK2), JKR Malaysia di mana ianya telah dimulakan pada 21 Oktober 2022 dan berjaya disiapkan pada 2 September 2025. Projek ini dilaksanakan secara Reka Dan Bina oleh kontraktor yang dilantik iaitu Saratech Sdn. Bhd. Antara skop utama projek melibatkan:

  • Kuarters Kelas F-70 unit
  • Kuarters Kelas G – 20 unit
  • Bilik M&E
  • Pondok Pengawal
  • Sewerage Treatment Plant (STP)
  • Taman Permainan
  • Sistem Retikulasi
  • Tempat Letak Kereta
  • Built-in Furniture

Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan penjawat awam. Usaha ini mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam sentiasa terpelihara, sekali gus menjadi asas penting kepada penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berfokuskan rakyat.

KKR ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perdana Menteri atas
kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada KKR dan JKR Malaysia, khususnya dalam penyeliaan di tapak hingga projek ini berjaya disiapkan. Segala pengalaman dalam projek pembinaan ini boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan projek-projek sekolah pada masa hadapan.

KearahKesejahteraanRakyat

JasaKepadaRakyat

MYJALAN

Jalankitatanggungjawabkita

KerajaanMADANI

MADANIbekerja

KEMENTERIAN KERJA RAYA I Foto oleh Hafez Wahab.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *