KDN TEGAS BENDUNG EKSTREMISME & HASUTAN

22 Disember 2025

(Info Ringkas)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ekstremisme, hasutan dan penyalahgunaan media sosial yang boleh mencetuskan perpecahan kaum, ketegangan agama serta menggugat keselamatan dan ketenteraman awam negara.

Melalui pemantauan berterusan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan sentiasa berwaspada terhadap sebarang ideologi melampau yang menolak perbezaan dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

Dalam konteks penjawat awam, sebarang perbuatan menyebarkan kebencian kaum atau agama, menyokong fahaman radikal atau menyalahgunakan kedudukan untuk tujuan ekstrem boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada.

“Keselamatan dan keharmonian negara tidak boleh dikompromi. Kerajaan akan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk ekstremisme, hasutan atau penyalahgunaan media sosial yang boleh memecahbelahkan rakyat dan menggugat ketenteraman awam.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

📌 Sumber: Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Negara, Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas, 18 Disember 2025

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *