TIGA BAHAN LETUPAN IED DITEMUI DI NILAI

23 Disember 2025

NILAI : Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device (IED) susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, Nilai pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.08 pagi selepas orang awam memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan berkenaan melalui panggilan Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG MERS 999).

Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan maklumat awal saksi awam memaklumkan bahawa letupan itu berpunca dari sebuah kereta.

“Susulan itu pemeriksaan dilakukan ke atas rumah berhampiran lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan di satu daripada rumah tersebut menjumpai tiga objek disyaki sebagai IED.

📸 Hazim Mohammad / BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *