





Info Ringkas :
23 Disember 2025
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ingin memberikan peringatan mengenai kegiatan individu atau syarikat yang dikesan menjalankan penipuan dengan MENDAKWA TELAH MENDAPAT TAWARAN TENDER DARIPADA LKIM.
π Bagaimana Scammer Bertindak?
Tawaran Palsu: Menghubungi syarikat luar dan mendakwa kononnya mereka telah berjaya memenangi tender daripada LKIM.
Meminta Wang: Meminta pinjaman wang atau bayaran daripada syarikat lain sebagai “rakan kongsi” untuk menjayakan tender tersebut.
Dokumen Palsu: Mengemukakan dokumen palsu yang memaparkan nama, jawatan, dan nombor telefon palsu pegawai LKIM bagi meyakinkan mangsa.
β οΈ PERINGATAN PENTING:
Jika diri anda terlibat sebagai mangsa penyamaran identiti oleh scammer atau menjadi mangsa scammer tersebut, SEGERA MEMBUAT LAPORAN PERLINDUNGAN (COVER REPORT) di balai polis berdekatan.
Lindungi diri anda dan organisasi daripada terus menjadi mangsa penipuan. Sebarkan maklumat ini untuk meningkatkan kesedaran bersama dan melindungi komuniti perniagaan kita.
