Reunion kelas 6A 1977 SK Putra Perlis kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak

Oleh: Sholina Osman
26 DIS. 2025

Reunion kelas 6A tahun 1977 dicetuskan khusus bagi mengumpul semula bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di Jalan Padang Katong, Kangar, Perlis.

Pada ketika itu Kelas 6A 1977 ini seramai 49 pelajar yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan juga India.

Pertemuan kali ini baru-baru ini yang bertemakan “Putra RU @ 60” bertepatan dengan kesemua pelajar yang lahir pada tahun 1965 sudahpun mencapai usia 60 pada tahun ini.

KEHIDUPAN SEBAGAI PESARA

Rata-rata sudah pun menjalani kehidupan sebagai pesara sekalipun masih ada yang segelintir yang masih menghulurkan khidmat dengan kemahiran yang dimiliki.

Bagi meraikan “Putra RU @ 60” hanya 18 sahaja yang berkesempatan hadir untuk berkumpul memeriahkan reunion pada kali ini.

Apa yang menarik, ada di antara bekas pelajar 6A ini langsung tidak bertemu semenjak 48 tahun lalu apabila masing-masing menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

MENETAP DI PERLIS

Ini memandangkan tidak semua menetap di Perlis, ada yang mengikut berpindah ke negeri asal.

Bagi merealisasikan pertemuan ini, sebuah restoran yang popular di Perlis dengan signatur gulai ikan semilang
Di Jalan Pengkalan Asam, Kangar dipilih sebagai lokasi.

Kata Sabihah Ibrahim, salah seorang barisan Jawatankuasa “Putra RU @ 60” menjelaskanpemilihan hidangan ala kampung ini sekaligus bagi mengembalikan nostalgia kepada bekas pelajar yang sekian lama merantau di luar Perlis.

MAKANAN MASA KECIL

“Walau di mana kita berada, makanan masa kecil itu tetap menjadi kenangan manis,” kata beliau.

Jelas beliau sekalipun hanya berjaya menghimpunkan sebilangan kecil sahaja pada kali ini, namun ia sudah memadai.

Rata-rata yang hadir melahirkan rasa puas hati kerana ada di antara mereka langsung tidak pernah bertemu sebaik tamat pengajian di sekolah rendah.

Cuma yang berada di sekitar Perlis sahaja berpeluang bertemu itupun secara kebetulan tetapi tidak mempunyai ruang masa untuk berbual dengan lebih lama.

Sebelum berpisah, kesemua yang hadir sempat bergambar kenangan di SK Putra bagi mengimbau kembali nostalgia bersekolah di zaman kanak-kanak. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *