
26 Disember 2025
RTS Link Johor Bahru–Singapura yang dijadualkan beroperasi mulai Januari 2027 akan dikendalikan sepenuhnya oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebagai agensi tunggal barisan hadapan di kedua-dua stesen CIQ. Ketika ini, perincian melibatkan SOP operasi, kerangka perundangan serta penyediaan aset sedang dimuktamadkan bagi memastikan kelancaran fasilitasi pergerakan dan kawalan keselamatan sempadan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh tadbir urus sempadan yang cekap, berintegriti dan berteknologi tinggi, selaras dengan nilai kecekapan, keselamatan dan kesejahteraan dalam kerangka Malaysia MADANI demi kepentingan rakyat dan negara.
