YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR TERIMA SUMBANGAN RM1 JUTA DARIPADA KUMPULAN MALIK STREAMS

28 Disember 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Dato’ Abdul Malik Dasthigeer, Pengasas Kumpulan Syarikat Malik Streams di Kuala Lumpur, hari ini (28 Disember).

Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima sendiri sumbangan sebanyak RM1 juta untuk kegunaan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Syarikat Malik Streams turut menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Sultanah Rogayah, sebuah yayasan naungan Keluarga Diraja Johor yang menumpu kepada bantuan untuk masyarakat India.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *