

Oleh: Sholina Osman
29 DIS. 2025
Bekas Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana skim pelaburan palsu (scam).
“Saya ingin memaklumkan bahawa nama dan identiti saya sebagai bekas Menteri Besar Perlis dan nombor telefon saya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan mempromosikan pelaburan palsu,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
Sehubungan itu Mohd Shukri meminta jasa baik semua untuk menyebarkan maklumat ini demi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.
TIDAK MUDAH TERPEDAYA
“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya, tidak memberikan maklumat peribadi dan tidak membuat sebarang transaksi kewangan berkaitan tawaran tersebut,” tegas beliau.
Mohd Shukri berkata laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut. – JM
