













Info Ringkas
29 Disember 2025
👮🏻♂️👮🏻Memperkukuh Keselamatan Awam, Memodenkan Kawal Selia Industri
⚖️Rang Undang-undang ini telah diluluskan di Dewan Negara pada 1 Disember 2025.
Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan MADANI. Seiring perubahan landskap keselamatan dan perkembangan pesat industri kawalan persendirian, Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membentangkan RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 bagi memastikan kawal selia industri ini kekal relevan, berkesan dan berteraskan kepentingan awam. 
Undang-undang sedia ada yang telah berkuat kuasa lebih lima dekad memerlukan pemodenan bagi menangani cabaran semasa seperti peningkatan skala industri, keperluan pendigitalan, pengurusan risiko keselamatan serta tuntutan kecekapan penguatkuasaan.
Antara penambahbaikan utama melalui pindaan ini termasuk:
🎖️Pemerkasaan proses pelesenan agar lebih cekap dan telus;
🎖️Pemusatan tapisan keselamatan di peringkat kebangsaan bagi memastikan standard yang seragam;
🎖️Pengukuhan kawalan ke atas operasi cawangan agensi keselamatan;
🎖️Pendigitalan penuh sistem pengurusan dan pemantauan (eSIMS);
🎖️Pendekatan penguatkuasaan yang adil, konsisten dan berasaskan risiko.
Pindaan ini bukan bertujuan melonggarkan kawalan, sebaliknya mengurangkan birokrasi pentadbiran supaya sumber dapat difokuskan kepada penguatkuasaan di lapangan, pemantauan berterusan dan perlindungan keselamatan awam.
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri menegaskan:
“Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan. Setiap dasar dan pembaharuan undang-undang yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bertujuan memastikan ketenteraman awam terus terpelihara serta selari dengan keperluan semasa negara.”
Melalui RUU ini, Kerajaan memastikan pengawal keselamatan yang lebih profesional dan terlatih, operasi agensi yang lebih mudah dipantau, serta tahap keselamatan di premis awam, kawasan perumahan dan fasiliti kritikal negara yang lebih terjamin.
Ini adalah langkah strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh keselamatan negara, melindungi rakyat dan memastikan industri keselamatan persendirian ditadbir secara bertanggungjawab, moden dan berintegriti. 
📌 Maklumat sahih dan terkini:
🌐 www.kdn.gov.my
📱 Ikuti saluran rasmi KDN
