π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π πŸ— ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐊𝐏𝐊𝐌 ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

31 Disember 2025

Setiap usaha dan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berpaksikan agenda keterjaminan makanan negara, kesejahteraan rakyat serta kemampanan sektor agromakanan. Pendekatan ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memastikan sistem makanan negara kekal berdaya tahan, inklusif dan mampan.

Pencapaian strategik KPKM sehingga tahun 2025 mencerminkan keutuhan kepimpinan kementerian serta kerjasama bersepadu merangkumi jabatan, agensi, pemain industri dan rakan strategik. Pelaksanaan dasar dan program berimpak tinggi terus diperkukuh melalui pemodenan sektor pertanian, peningkatan produktiviti, pengukuhan rantaian bekalan makanan serta penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan demi manfaat rakyat.

Menjelang tahun 2026, KPKM akan terus memberi keutamaan kepada pemerkasaan tadbir urus sektor agromakanan, pengukuhan keterjaminan makanan negara, pembangunan pertanian pintar dan lestari, serta peningkatan keupayaan institusi dan modal insan bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan berkualiti untuk masa hadapan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *