MALAYSIA SAMBUT 2026, LANGKAH PERMULAAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (VM2026)

KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER | Malaysia memulakan tahun 2026 dengan penuh gemilang menerusi “Visit Malaysia 2026 Countdown Festival” di Pavilion Kuala Lumpur, sekali gus menyemarakkan aspirasi negara menjelang pelaksanaan VM2026.

Kiraan detik menjelang tahun 2026 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bersama YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, sebagai simbol kesiap siagaan negara mengalu-alukan dunia ke Malaysia, disaksikan ribuan rakyat dan pelawat tempatan serta antarabangsa.

Sambutan berprestij ini menampilkan gabungan persembahan multimedia, bunga api, dron dan laser, selain kemunculan maskot rasmi Wira dan Manja, persembahan artis tempatan serta elemen kebudayaan yang mencerminkan keunikan “Malaysia Truly Asia”.

Festival ini merupakan sebahagian daripada siri program VM2026 yang bermula sejak 26 Disember 2025, memperkukuh komitmen Malaysia untuk menonjolkan budaya, kreativiti dan hospitaliti negara di persada global.

Turut hadir, YB Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC; dan YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *