

3 Jan 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong sepenuhnya pendirian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menegaskan kepentingan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) sebagai langkah strategik memperkukuh keselamatan digital negara.
Dalam landskap digital yang semakin kompleks, ONSA menjadi instrumen perundangan penting bagi menutup ruang eksploitasi jenayah siber, mengekang penyebaran kandungan berbahaya serta melindungi rakyat daripada ancaman penipuan, ekstremisme dan penyalahgunaan teknologi dalam talian.
Pelaksanaan akta ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui KDN dan PDRM untuk memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, beretika dan bertanggungjawab, seiring kemajuan teknologi serta keperluan keselamatan semasa.
Keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab bersama. KDN akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM dan semua pihak berkepentingan demi melindungi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara di ruang digital.
