
5 Jan 2026
Kerajaan Kelantan menawarkan peluang khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja tidak tetap untuk menambah pendapatan harian menerusi aktiviti mendulang emas secara manual dengan membuka permohonan lesen rasmi bermula 1 Jan lepas.
Langkah itu dilihat sebagai usaha berimbang kerajaan negeri dalam membantu ekonomi rakyat di samping memastikan aktiviti mendulang emas dilaksanakan secara terkawal, selamat dan tidak menjejaskan alam sekitar.
Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Datuk Nik Raisnan Daud berkata harga emas semasa di pasaran ketika ini mencecah sekitar 918 riyal (kira-kira RM565.77 segram) bagi emas 916 dengan kemungkinan turun naik sehingga 100 riyal.
