RUU hadkan tempoh jawatan PM akan dibentang di Parlimen tahun ini- PMX

Oleh: Sholina Osman
5 JAN. 2026

Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan
Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh pada sesi Parlimen kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini.

“Semua jawatan mempunyai had tempoh termasuk jawatan Ketua Setiausaha Negara pun tidak boleh melebihi sepuluh tahun, dan prinsip yang sama terpakai kepada semua,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

DIBERIKAN TEMPOH TERTENTU

Beliau menjelaskan jika seseorang telah diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab maka adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.

Anwar berkata ia juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri.

Pada Mac tahun lepas, Anwar semasa mempengerusikan mesyuarat Kabinet, mengarahkan agar cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dikaji secara teliti dan mendalam. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *