





SELASA, 6 JANUARI 2026, SHAH ALAM – YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah merasmikan dua majlis dalam satu masa iaitu Majlis Proof of Concept (POC) Teknologi Bateri Lithium-ion anjuran Syarikat Akmal Cooling Engineering Sdn Bhd dan Majlis Pelancaran LG LIB Model JP5 anjuran Syarikat Selesa Teknologi Sdn Bhd yang berkolaborasi dengan Syarikat elektronik Gergasi LG dari Korea.
Bateri lithium-ion adalah sebahagian dari teknologi hijau yang akan mendominasi dunia sebagai sumber tenaga sokongan dan alternatif terutama bagi sektor pusat data, infra digital, sistem ICT serta fasilit keperluan tinggi.
