

7 Jan 2026
Info Ringkas
Berkuat kuasa 5 Januari 2026, Kerajaan menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serta meringankan beban rakyat dan perniagaan.
Antara penambahbaikan utama:
✅ Pengurangan kadar cukai perkhidmatan sewaan/pajakan
✅ Peningkatan had jualan dikecualikan cukai
✅ Pengecualian cukai bagi input kritikal sektor pertanian
✅ Pengecualian cukai pembinaan bangunan ibadat
Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan sistem percukaian yang lebih adil, bersasar dan berhemah.
📌 Maklumat lanjut di: www.mof.gov.my
