Karnival FLYSiswa 2026 kembali lagi pada 13 Januari ini di UPM

Wartawan JM
7 JAN. 2926

Orang ramai khususnya para pelajar institusi pengajian tinggi Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dijemput hadir ke Karnival FLYSiswa 2026 yang akan berlangsung pada 13 Januari 2026, bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari pukul 9.00 pagi
hingga 4.00 petang.

Kenyataan media Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan karnival ini dianjurkan sebagai platform hebahan dan penerangan berhubung inisiatif FLYSiswa, iaitu program bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti di
bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta pelajar Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar yang ingin
pulang ke kampung halaman, khususnya bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MENERIMA BAUCAR DIGITAL

Melalui inisiatif ini, pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai
RM400 dalam bentuk credit shell yang boleh digunakan bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi, sama ada sehala atau dua hala, dengan syarikat penerbangan terlibat iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.

Sepanjang penganjurannya, Karnival FLYSiswa 2026 akan menampilkan
pelbagai pengisian termasuk kaunter informasi, sesi penerangan serta
peluang untuk pelajar mendapatkan maklumat tepat dan terus daripada
pihak berkaitan mengenai pelaksanaan FLYSiswa, termasuk fasa pelaksanaan bagi tahun 2026.

Untuk rekod, pelaksanaan FLYSiswa sejak tahun 2023 telah memberi manfaat kepada puluhan ribu pelajar, dengan peningkatan jumlah tuntutan dari tahunke tahun, sekali gus membuktikan relevansi dan keperluan program ini dalam menyokong kebajikan pelajar.

Sehubungan itu, semua pihak khususnya pelajar dijemput hadir bagi
memanfaatkan peluang yang disediakan serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai FLYSiswa secara terus dan menyeluruh. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *