YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH DAN HOSPITAL SULTAN ISMAIL

7 Jan 2026

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) terus memperkasakan sektor kesihatan awam di negeri ini menerusi sumbangan peralatan perubatan kritikal dan kemudahan fasiliti kepada dua hospital utama di Johor Bahru, hari ini (7 Januari).

Sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti rawatan pesakit serta memberikan keselesaan kepada petugas barisan hadapan.

Serahan sumbangan disempurnakan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, YB Dato’ Avinderjit Singh kepada Pengarah HSA, Dr. Mohd Nizam Subahir di Dewan Jabatan Pediatrik, HSA.

Hadir sama, Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ.

Antara peralatan berteknologi tinggi yang disumbangkan termasuklah ‘Atom Sunflower Infant Radiant Warmer’ dan ‘RAD-97 Pulse Co-Oximeter’ untuk kegunaan bayi.

Manakala ‘BeneFusion Syringe Pump’ serta ‘Trauma Stretcher’ untuk Jabatan Kecemasan & Trauma dan 15 unit penapis air untuk kegunaan pesakit dan pelawat.

Dr. Mohd Nizam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menyifatkan sumbangan ini sebagai sokongan yang amat besar memandangkan beban tugas hospital yang sangat tinggi.

“HSA merupakan pusat rujukan utama bagi rawatan pakar pediatrik bagi seluruh negeri Johor dan juga sebahagian daripada negeri Melaka. Dengan statistik kelahiran yang mencecah 12,000 setahun, keperluan terhadap peralatan neonatal yang canggih seperti ‘Infant Radiant Warmer’ ini amatlah mendesak.

Serahan sumbangan kepada Hospital Sultan Ismail (HSI) yang berlangsung di Pejabat Pakar Hospital HSI turut disempurnakan oleh Dato’ Avinderjit Singh kepada Dr. Zuraini Zainal, Pengarah HSI, Johor Bahru.

Sumbangan di HSI memfokuskan kepada peralatan khusus seperti ‘Hydro surgery Wound Debridement System’ untuk pembersihan luka pembedahan, ‘Muscle Meter’, serta 14 unit penapis air untuk kemudahan awam.

Dato’ Avinderjit Singh turut menyantuni pesakit-pesakit di Wad Pediatrik di HSA dan Wad Pembedahan dan Wad Onkologi di HSI selepas serahan sumbangan.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *