SESI PENANDATANGAN DAN PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA BAGI PEROLEHAN SATU BUAH MULTI PURPOSE MISSION SHIP 2 (MPMS 2) BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

TURKIYE, 7 Januari 2026 – Sesi penandatanganan Surat Setuju Terima (LOA) bagi Perolehan Satu Buah Multi Purpose Mission Ship 2 (MPMS 2) Bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) telah diadakan pada 7 Januari 2026 bertempat di JW Marriott, Ankara, Turkiye.

Sesi ini disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Perolehan MPMS 2 Bagi Agensi APMM ini melibatkan kos sebanyak USD83,750,000.00 dan akan dilaksanakan oleh syarikat Desan Shipyard, Turkiye dengan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan, bermula pada Januari 2026 hingga Disember 2027.

Serahan dokumen LOA kepada Syarikat Desan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Erdogan, Presiden Turkiye.

Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen KDN untuk meningkatkan keupayaan aset APMM dalam pelaksanaan tugas untuk memastikan keselamatan perairan maritim negara.

Selain itu, perolehan MPMS 2 ini juga akan meningkatkan kerjasama bersama KDN melalui APMM dengan syarikat Desan Shipyard, Turkiye setelah perolehan MPMS 1 yang sedang dalam pelaksanaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *