







Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 JAN. 2026
Kunjungan rasmi ke Ankara dan Istanbul sangat berhasil, bukan sahaja dalam memperkukuh hubungan dua hala merentasi pelbagai bidang strategik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malah ia membuka peluang baharu yang membawa manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.
Beliau berkata Türkiye kekal sebagai jambatan strategik Timur dan Barat, serta rakan yang konsisten berteraskan prinsip, saling menghormati dan kepercayaan.
LAYANAN PENUH KEIKHLASAN
“Penghargaan setulusnya kepada Presiden Erdoğan, Emine Erdoğan serta seluruh rakyat Türkiye atas layanan penuh keikhlasan dan kekeluargaan yang diberikan kepada saya, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi Malaysia sepanjang berada di bumi Anatolia ini,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke Kuala Lumpur sebaik selesai urusan rasmi di Istanbul, Republik Türkiye.
“Penghargaan setulusnya kepada Presiden Erdoğan, Emine Erdoğan serta seluruh rakyat Türkiye atas layanan penuh keikhlasan dan kekeluargaan yang diberikan kepada saya, Azizah dan delegasi Malaysia sepanjang berada di bumi Anatolia ini,” tambah beliau.
Beliau memuji jentera Wisma Putra dan MITI, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, para petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aturcara berjalan lancar dan tersusun. – JM
