PMX pengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri sebaik tiba dari Türkiye

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan rasmi selama tiga hari ke Turkiye, terus ke pejabat bagi mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri.

“Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Türkiye. Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk Malaysia!,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Anwar melakukan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Recep
Tayyip Erdogan selama tiga hari bermula 6 Januari itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan Malaysia dan Turkiye yang telah lama terjalin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *