Upacara di makam Mustafa Kemal Ataturk protokol rasmi lawatan ke Turkiye – PMX

8 Jan 2026

Upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, merupakan protokol rasmi yang perlu dipatuhi semua ketua negara semasa lawatan rasmi ke negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, upacara berkenaan bukan bersifat pilihan peribadi atau mencerminkan pendirian ideologi mana-mana pemimpin, sebaliknya merupakan keperluan diplomatik yang telah lama diamalkan kerajaan Turkiye.

β€œSemua ketua negara yang mengadakan kunjungan rasmi dikehendaki melakukan upacara tersebut. Setuju atau tidak, itulah rangkaian program rasmi yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media sebelum berlepas pulang ke tanah air setelah mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye hari ini.

BernamaNews #Turkiye #lawatanrasmi Anwar Ibrahim

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *