๐—ข๐—ฃ ๐—”๐—š๐—”๐—ฆ: ๐—๐—ฆ๐—๐—ก ๐—ง๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—” ๐—š๐—”๐—ก๐—๐—” ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ.๐Ÿต๐Ÿฎ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐——๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

Kota Bharu | 11 Januari 2026 | Ahad – YDH CP Datoโ€™ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia, hari ini menyampaikan sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan, berhubung kejayaan besar JSJN menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja menerusi pelaksanaan OP AGAS, hasil risikan strategik dan berterusan selama hampir empat (4) bulan.

Menurut beliau, pada 03 Januari 2026, JSJN Bukit Aman telah melancarkan dua (2) siri serbuan terancang di sekitar Kuala Krai, Kelantan, melibatkan aksi kejar-mengejar berisiko tinggi sebelum berjaya menahan tiga (3) lelaki tempatan berumur antara 32 hingga 50 tahun.

SERBUAN PERTAMA

Dalam serbuan pertama di Jalan Kota Bharuโ€“Gua Musang, pasukan JSJN berjaya menahan seorang suspek selepas berlaku perlanggaran kenderaan dan seterusnya merampas 320 bungkusan plastik lutsinar mengandungi bunga ganja dengan anggaran berat 52 kilogram. Serbuan susulan di Taman Sri Guchil kemudiannya membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dalam sindiket berkenaan.

Datoโ€™ Hussein Omar Khan turut memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.82 juta, manakala nilai keseluruhan rampasan dan sitaan mencecah RM1.92 juta. Dadah tersebut berpotensi merosakkan seramai 104,000 orang, termasuk generasi muda, sekiranya terlepas ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tambah beliau, sindiket ini dipercayai aktif sejak September 2024 dengan modus operandi membawa bekalan dadah dari kawasan sempadan sebelum dijadikan transit dan diedarkan ke pasaran tempatan serta antarabangsa. Dalang utama sindiket dipercayai seorang wanita yang beroperasi dari negara jiran dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa luar negara.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tindakan pelucuthakan harta turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Menegaskan komitmen JSJN, YDH CP Datoโ€™ Hussein Omar Khan menyatakan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam pengedaran dadah kerana jenayah ini bukan sahaja mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat, malah mencemarkan imej serta maruah negara.

Turut hadir, YDH CP Dato’ Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH DCP Dato’ Mohd Ali Tamby, Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH SAC Datuk Dr Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH ACP Hairy Bin Ramlan, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Antarabangsa) dan YDH ACP Douglas Nyeging Taong, KJSJN Kelantan serta warga JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Kelantan.

Orang ramai digesa untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN di 012-208 7222.
๐‰๐’๐‰๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐†๐ˆ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡, ๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐ˆ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ โœฆ

Jurugambar :
Koperal Mohd Khairul Azri bin Juhari
Koperal Mohd Khairuddin bin Shafie

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *