๐ŸŒŸ SINAR DI SEBALIK TIRAI BESIMembina Insan, Memberi Harapan

11 Jan 2026

Institusi penjara hari ini bukan sekadar tempat menjalani hukuman, tetapi medan pemulihan insan yang berteraskan nilai kemanusiaan dan kerohanian.

Melalui pelaksanaan Program Tahfiz Al-Quran, seramai 35 Huffaz Al-Quran telah berjaya dilahirkan dalam kalangan penghuni penjara โ€” membuktikan bahawa perubahan jati diri adalah nyata apabila diberikan bimbingan, sokongan dan peluang kedua.

Usaha ini diperkukuh dengan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta penyediaan 22 Rumah Perantaraan di seluruh negara bagi membantu bekas penghuni menyesuaikan diri secara berperingkat dan bermaruah selepas dibebaskan.

๐Ÿ—ฃ๏ธPetikan: AMANAT YB MENTERI DALAM NEGERI 2026

โ€œInstitusi penjara bukan sekadar tempat menjalani hukuman, tetapi medan pemulihan untuk membina semula insan dan memberi peluang kedua yang bermaruah.โ€
โ€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pulihnya seorang insan, bermulanya harapan baharu. Bersama kita membina masyarakat yang lebih inklusif, berperikemanusiaan dan sejahtera.

Sumber: Majlis Amanat YB Menteri Dalam Negeri 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *