HSIS Serdang rekod rawatan tertinggi 76 pesakit kardiologi sehari

11 Jan 2026

Jabatan Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang mencatatkan rekod tertinggi apabila berjaya merawat 76 pesakit sehari termasuk 48 prosedur pemasangan stent dalam tempoh 17 jam operasi intensif.

Ketua Jabatan Kardiologi HSIS Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata HSIS lazimnya mengendalikan antara 50 hingga 70 kes kardiologi sehari dan jumlah 76 pesakit antara tertinggi pernah direkodkan.

Beliau berkata HSIS mampu mengendalikan jumlah pesakit yang tinggi kerana hospital itu mempunyai tujuh mesin angiogram.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *