Perlis bakal melakar sejarah laksana Anugerah Sastera Peringkat Negeri

Oleh: Sholina Osman
12 JAN. 202

Perlis bakal melakar sejarah baharu dalam pembangunan bahasa dan sastera apabila Majlis Anugerah Sastera Negeri Perlis akan cuba laksanakan pada tahun ini.

Penganjuran anugerah berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan kesusasteraan tempatan serta mengiktiraf tokoh dan pengkarya yang telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan bahasa dan budaya Melayu dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Seiring dengan itu, DBP turut merancang pelaksanaan pelbagai program pemerkasaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi dalam kalangan kakitangan penjawat awam.

MENINGKATKAN KECEKAPAN BERBAHASA

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh jati diri, meningkatkan kecekapan berbahasa serta memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan.

Perkara tersebut dipersembahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Mohd Salahuddin Datuk Paduka Mohamed, kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Beliau memaklumkan demikian selepas mengiringi Tuanku Raja Muda Perlis mengadakan lawatan ke Projek Pembangunan Masjid Al-Kauthar Kampung Paya, K.M. 8.2 Jalan Kaki Bukit, Beseri sempena Program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

IA DAPAT DIBUKA

Kerja-kerja akhir sedang dilaksanakan dan sasarannya ialah supaya ia dapat dibuka untuk kegunaan orangramai bermula sebelum bulan Ramadan yang akan datang ini.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Pengarah ICU Perlis, Maznah Musa dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin.

BEBERAPA PERBINCANGAN STRATEGIK

Mohd Salahuddin turut memaklumkan bahawa beberapa perbincangan strategik telah diadakan, antaranya kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) bagi penganjuran Seminar Pemikiran Yusuf al-Qaradawi, selain penerbitan bersama DBP dan UniSIRAJ yang akan menghasilkan sebuah buku baharu sebagai sumbangan ilmiah dan intelektual.

Selain itu, DBP juga merancang penerbitan ‘Glosari Dialek Perlis’ yang dijadualkan diterbitkan pada tahun ini sebagai usaha mendokumentasikan serta memelihara warisan linguistik tempatan.

Turut dibincangkan ialah kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi penganjuran Majlis Ingestifat Ilmi peringkat kebangsaan pada bulan September, dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pihak DBP juga berkemungkinan besar akan sekali lagi turut serta dalam program Ziarah Mahabbah ke Selatan Thailand bersama-sama MAIPs tahun ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *