



12 Jan 2026
KualaLumpur – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan minuman berperisa sebagai medium edaran, hasil tiga serbuan di sekitar ibu negara Rabu lepas, dengan rampasan keseluruhan bernilai RM978,857.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, berkata serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berdasarkan risikan dan maklumat orang awam, serta menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun.
SERBUAN PERTAMA
Beliau berkata serbuan pertama dijalankan di sebuah rumah teres dan kereta di kawasan rumah itu, dipercayai digunakan untuk memproses dan menyimpan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
βDua lagi serbuan dilakukan, di sebuah rumah dan kenderaan di lokasi berasingan, menghasilkan lebih banyak rampasan,β katanya pada sidang media hari ini.
Menurut Fadil, antara dadah yang dirampas ialah cecair MDMA seberat 867,252 gram bernilai RM701,850; serbuk MDMA seberat 5,480.50 gram bernilai RM37,800; 190 kartrij vape cecair ketamin berjumlah 380 mililiter bernilai RM57,000 serta 306 batang rokok cannabis seberat 304.97 gram bernilai RM30,600,.
πΈ Genes Gulitah | BERNAMA
