

Oleh: Sholina Osman
13 JAN. 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
memaklumkan bahawa imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu yang tular di media sosial bukanlah imej rasmi dan tidak dikeluarkan oleh kementerian ini.
Kenyataan media KDN memaklumkan rekaan visual itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
telah membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media pada 8 Januari 2026 berkaitan perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu pada tahun ini.
BERKAITAN REKA BENTUK
Segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad ini akan diumumkan oleh KDN melalui
saluran komunikasi rasmi KDN dari semasa ke semasa.
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan
sesuatu maklumat.
Maklumat rasmi dan perkembangan terkini berkaitan perkara ini boleh
diperoleh melalui saluran media rasmi serta laman sesawang KDN, Jabatan
dan agensi Kerajaan yang berkaitan iaitu Kementerian Dalam Negeri –
www.moha.gov.my, Jabatan Imigresen Malaysia – www.imi.gov.my dan
Jabatan Pendaftaran Negara – www.jpn.gov.my. – JM
