


SERIAN, 13 Jan – Penduduk Kampung Krusen Kranji menarik nafas lega apabila pihak berkuasa bertindak pantas menangani isu jambatan runtuh dan kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan utama ke kampung berkenaan.
Ketua Kampung Krusen Kranji, Donald Philip Patrick Paru berkata, hasil tindakan segera pelbagai agensi berkaitan, penduduk kini telah menerima semula bekalan air bersih, manakala laluan sementara akan dibina bagi menghubungkan kampung-kampung yang terjejas.
Menurut beliau, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah turun padang meninjau keadaan dan merancang pembinaan jalan pintas sementara.
“Kami dapat kunjungan daripada pihak JKR, DID dan juga JBLAB dan mereka bercadang hendak membuat jalan pintas iaitu jalan sementara untuk ke laluan kampung kampung yang terlibat sebab kampung kampung yang mengalami putus jalan sebanyak 57 buah pintu,” jelasnya.
Dalam pada itu, John Bosco yang merupakan penduduk kampung Krusen Kranji mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang datang ke sini untuk melihat keadaan tanah runtuh dan jalan runtuh.
“Mereka memaklumkan akan melakukan kerja pembaikan sebaik mungkin dan secepat mungkin seperti yang dinyatakan sebelum ini,” jelasnya.
Selain itu, Harry Julet menambah
buat masa ini, bekalan air paip telah disambung semula dan penduduk bersyukur dengan perkembangan tersebut.
“Namun begitu, disebabkan keadaan yang terlalu hampir dengan kediaman, penduduk masih tidak dibenarkan untuk memasuki rumah masing-masing.” Katanya
Pada 10 Januari lepas, Jalan utama masuk ke dalam kampung krusen kranji terputus ekoran insiden tanah runtuh.
Wartawan/Foto: MADELINA
Sumber -beritartmsarawak
