RAMPASAN DADAH DAN SITA PELBAGAI HARTA BERNILAI LEBIH RM930,000.00 DI KUCHING.

KUCHING, 13 Jan– Polis Kuching rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM328,173.50, dalam serbuan ke atas sebuah pangsapuri, Selasa lepas.

Antaranya, Ketamin, Syabu, Ekstasi dan pil Erimin Five.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, lima buah kenderaan dengan tiga daripadanya kenderaan mewah selain seutas jam tangan berjenama, bernilai keseluruhan RM604,000.00 turut disita.

Dua lelaki tempatan berumur 38 dan 42 tahun, yang berperanan untuk mengambil bekalan dadah yang disimpan atau penjaga stor di pangsapuri berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah dan mereka direman sehingga Jumaat ini.

“Siasatan lanjut sedang giat dilakukan bagi mengesan ketua dan rangkaian sindiket jenayah ini”, katanya pada sidang media di Kuching .

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wartawan: JAMALIA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *