


.
๐๐จ๐ ๐จ๐ง, ๐ญ๐ฑ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di perairan Negeri Perak, pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penahanan dibuat oleh Kapal Maritim Malaysia ketika dalam rondaan dan pemeriksaan rutin pada jam sekitar 10.37 pagi ke atas sebuah bot nelayan tempatan kelas C, yang dikesan berada di kedudukan kira-kira 9.41 batu nautika barat laut Pulau Rumbia.
โHasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan berkenaan dikendalikan oleh enam warga Myanmar termasuk tekong, di mana kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,โ katanya.
Beliau turut memaklumkan kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut yang ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
Shukri menegaskan, Maritim Negeri Perak akan terus menekankan mengenai kepentingan pematuhan penuh terhadap undang-undang dan peraturan maritim di negara ini.
โSetiap pelanggaran undang-undang akan ditangani dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan pendakwaan mengikut peraturan yang diperuntukan,โ
โPesanan ini bertujuan memberi kesedaran kepada seluruh komuniti maritim agar sentiasa bertindak profesional dan berintegriti, dalam memelihara keselamatan perairan negara demi kepentingan semua,โ ujarnya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah maritim diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 8737 untuk tindakan segera.
.
