



Oleh Noraini Nordin
(Sorotan intipati Perhimpunan Agong UMNO 2025 di WTC, Kuala Lumpur)
14 Jan 2026
Strategi Menyerang Dalam Perang Saraf Politik –
Akar umbi parti perlu memanfaat media sosial sebagai medan utama bagi menyampaikan maklumat tepat serta menangis serangan fitnah terhadap fitnah terhadap parti.
Presiden UMNO Datok Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam medan perang saraf politik masa kini, pendekatan pasif sudah tidak memadai, sebaliknya jentera perlu proaktif menyerang dengan naratif serta yang tepat dan berkesan.
” Ia juga adalah medan untuk menentukan bagaimana kuasa politik rakyat akan dibentuk melalui ruang digital dalam dekat mendatang, ” kata beliau di Simposium Politik Era Digital 2026 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kepercayaan rakyat hari ini tidak lahir dari pentas sahaja tetapi dari skrin di tangan mereka UMNO mesti berada di situ dengan hujah yang kuat, data yang tepat dan nilai tidak goyah.
