OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU BERSAMA AGENSI

14 Januari 2026,Tapah – KPDN Cawangan Tapah telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang, Majlis Daerah Tapah dan PDRM di sekitar kawasan Tapah, Bidor dan Sungkai.

Hasil pemeriksaan mendapati 1 tindakan kes telah dihasilkan iaitu gagal mempamerkan label harga pada barangan. Dua tindakan kes diambil oleh Penguatkuasa PKD Daerah Batang Padang bagi Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) keatas premis dilawati di kawasan Tapah & Sungkai.

Pemeriksaan mendapati majoriti peniaga mematuhi arahan KPDN, termasuk penandaan harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang sah. Namun, tindakan tegas telah diambil terhadap premis dan individu yang melanggar peraturan.

KPDN komited dalam memastikan pematuhan undang-undang demi melindungi hak pengguna dan menjamin integriti pasaran.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-4010471 (KPDN Tapah)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/@kpdnperaktv7244
TikTok : https://www.tiktok.com/@kpdnperak
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/

©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *