PMX mahu segera siasat punca letupan gas penyaman udara di Universiti HELP

Wartawan JM
15 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu segera dijalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian letupan gas penyaman udara di Universiti HELP di ibu negara, Isnin lepas.

Anwar berkata hal itu untuk memastikan aspek keselamatan semua pihak lebih terjamin.

Beliau juga mendoakan kesembuhan dan kekuatan kepada mangsa, Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan berikutan insiden berkenaan.

JUGA MENGUCAPKAN TAKZIAH

Perdana Menteri juga mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soon Yu Juan, pelajar yang meninggal dunia akibat kejadian itu.

“Takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian anak tersayang dalam insiden tersebut, moga diberi ketabahan dan kekuatan, juga semua yang terkesan dengan tragedi ini,” kata Anwar menerusi catatan di media sosial X.

Sebelum ini, media melaporkan Soo, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di universiti swasta itu kira-kira 11.40 pagi.

Soo merupakan pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tunku
Abdul Rahman (UTAR). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *