
KUCHING, 16 Januari – Siasatan berhubung kes bunuh melibatkan pasangan suami isteri di Sri Aman, masih diteruskan secara menyeluruh dan terperinci.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan sepenuhnya.
“PDRM kontinjen Sarawak ingin menegaskan bahawa siasatan masih dijalankan secara profesional, telus dan berasaskan bukti”, katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Setakat ini, 21 orang saksi telah dirakamkan keterangan, yang terdiri daripada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa .
Beliau memberitahu bedah siasat telah dijalankan ke atas kedua-dua mangsa oleh pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak, semalam.
Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki, mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam melibatkan bahagian leher dan dada.
Sebab kematian disahkan sebagai “Neck and Chest Injuries Due To Stab Wounds”.
Manakala hasil bedah siasat ke atas isteri iaitu mangsa perempuan, mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher, dan sebab kematian disahkan sebagai “Neck Injury Due To Stab Wounds”.
Jamalia
