KKM SEDIA SOKONGAN PSIKOLOGI KEPADA KELUARGA MANGSA KES BUNUH DI SRI AMAN

SIBURAN, 15 Jan – Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sedia memberi sokongan dan bantuan segera kepada waris keluarga sepasang suami isteri yang ditemui meninggal dunia di kediaman mereka di Sri Aman baru-baru ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ia terutamanya bantuan psikologi kepada anak-anak mendiang.

“Saya mahu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ini sangat tragis meninggalkan tiga orang anak. Saya dan timbalan saya dan pengarah segera mengambil tindakan dan memastikan anak-anak yang mengalami kejutan tragis ini ditangani segera,“ Katanya.

Sepasang suami isteri itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis oleh anak mereka sendiri di sebuah rumah di kawasan taman perumahan pada Rabu.

Mangsa merupakan seorang guru manakala isterinya bertugas sebagai jururawat.

DEBBIE AMANDA

rtmsarawaknews #beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *