PMX makan tengah hari di Restoran Salai-Salai Sri Rampai

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah makan tengah hari di Restoran Salai-Salai Sri Rampai bersama warga Wangsa Maju.

Beliau berkata kesempatan ringkas ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan mendengar secara terus pelbagai hal yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat.

“Setelah itu, saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah bin Zaid,
khutbah menekankan tentang peranan serta makna besar dari kembara agung Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk Mikraj yang mengingatkan tentang kepentingan solat sebagai tiang agama, disiplin dalam kehidupan serta tanggungjawab kepimpinan yang berpaksikan amanah dan keadilan,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Beliau berharap mudah-mudahan setiap langkah kita dipandu nilai ihsan dan amanah demi Malaysia yang lebih sejahtera. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *