π’ππ‘πŒ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 π€πƒπ•πŽπŠπ€π’πˆ π–πˆπ‘π€ π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŸ”πŸ’πŸ’ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π’π‰πŠ (𝐂) πŠπ„π‹ππˆπ π’π„π‘π„πŒππ€π

SEREMBAN, 16 Januari – Melentur buluh biar dari rebungnya. Selaras dengan peribahasa itu, Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan advokasi antirasuah dengan menyantuni 644 warga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kelpin, Seremban.

Daripada jumlah tersebut, seramai 40 guru, 227 murid tahun satu dan 327 murid tahun dua, dilibatkan secara langsung dalam program Wira Anti Rasuah (WAR) yang dijalankan hari ini.

Untuk rekod, WAR merupakan instrumen dan inisiatif SPRM mendekati golongan murid dan warga sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dalam menyebarkan informasi antirasuah.

Pelaksanaan WAR turut bermatlamat membudayakan nilai antirasuah dan integriti melalui pendedahan awal kepada murid-murid yang bakal memimpin negara tentang bahayanya rasuah dan kesan buruknya terhadap komuniti dan negara.

Pengisian WAR dikendalikan PPJ Kho Lee Yee dengan dibantu para pegawai Cawangan Pendidikan.

RancakkanMADANI

MADANIBekerja

SPRMPencegahan

SPRMMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *