Cubaan Seludup Keluar PATI digagalkan

18 Jan 2026

Cubaan seludup keluar PATI digagalkan. Keselamatan perairan negara terus diperkukuh.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor atas kejayaan menggagalkan cubaan menyeludup keluar 32 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui laluan laut tidak diwartakan di perairan Kuala Selangor, awal pagi tadi.

Hasil rondaan berfokus menerusi Op EHSAN dan Op Khas TANJUNG 2 Siri 1/2026, sebuah vesel kayu tanpa pendaftaran berjaya dipintas selepas cuba melarikan diri, sekali gus membuktikan kecekapan, kesiapsiagaan dan ketegasan penguatkuasaan maritim negara.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan KDN menerusi APMM dalam membanteras jenayah rentas sempadan, melindungi keselamatan rakyat serta mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keselamatan, keadilan dan tadbir urus berintegriti.

Orang awam digesa terus menjadi rakan keselamatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut kepada pihak berkuasa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *