
KUCHING, 18 Jan – Santubong Trail Run akan diperluaskan kepada penyertaan antarabangsa bermula tahun ini, bagi meningkatkan kemasukan pelancong ke Sarawak melalui acara sukan bertaraf antarabangsa.
Datuk Dr. Abdul Rahman berkata, pembinaan pelabuhan kapal persiaran di Damai oleh SEDC dalam tempoh dua tahun akan datang dijangka membuka kawasan tersebut kepada pengunjung luar, sekali gus merancakkan penganjuran acara sukan.
“Ia lebih penting kerana dalam tempoh dua tahun akan datang, InsyAllah di Sarawak akan ada cruise liner dimana pengkalan akan dibina oleh pihak SEDC di Damai,” Jelasnya.
Beliau turut optimis DBKU akan menerima lebih 2,000 penyertaan susulan kemasukan kapal persiaran ke Teluk berkenaan.
Bagi menjamin keselamatan peserta, prasarana di laluan kaki Gunung Santubong akan dinaik taraf menerusi kajian bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak dan SFC.
Dickin
