





19 JAN 2026
KualaLumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 hari ini.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Dataran Parlimen kira-kira 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Sejurus tiba di Dataran Parlimen Sultan Ibrahim kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah βHormat Dirajaβ oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
πΈ Muhd Na’im & Azlim Mansor | BERNAMA
