






19 Jan 2026
Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan dengan menitahkan supaya amalan rasuah diperangi secara besar-besaran, dengan tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang.
Seri Paduka Baginda bertitah usaha membanteras rasuah tidak boleh tertumpu hanya kepada penerima rasuah, sebaliknya pemberi rasuah, ejen atau mana-mana pihak yang bersubahat turut perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas.
βSaya pernah menyebut sebelum ini bahawa saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya menemuinya. Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke peringkat tertinggi. Agaknya selepas ini saya patut melantik seorang sarjan sahaja sebagai Panglima Angkatan Tentera,β titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara hari ini.
πΈ BERNAMA
