π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—” 𝗨𝗠𝗨𝗠 π—–π—¨π—§π—œ π—žπ—›π—”π—¦ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—£π—˜π—‘π—π—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝟭 π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑

Melaka : Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan cuti khas kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan di negeri itu pada 1 Ramadan ini, yang dijangka jatuh pada 19 Feb.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagi menghargai khidmat lelah semua penjawat awam di Melaka yang bertungkus lumus melaksanakan pelbagai program pada tahun lepas.

β€œMudah-mudahan cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan menyambut Ramadan bersama keluarga. Semoga dengan cuti Ramadan ini dapat mendekatkan yang jauh, dapat memesrakan yang lama tak dapat bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

πŸ“Έ Muhammad Zulhilmi Daud | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *